Tentang Nadya

Aku adalah isteri kepada MOHD HAMIZIE, dan bakal IBU kepada anakku.. Anak kepada En Abd Rahim dan Pn Norma, kakak kepada Mohd Nurhalif Syafiq dan Nur Yasmin Hidayah, adik kepada Mohd Nifsan, cucu kepada Yusoph dan Meriam...dan selebihnya..masih mencari 'family tree' keluarga aku..hehehe..

Doa tuk kite amal...
Tengah aku duk merehatkan diri smlam makmal komputer..tetiba nk kna g ofis..dh shari suntuk aku kt ofis setting pc budak ofis..penat laa..dh tak larat nk ulang alik...cepat tol aku mengah skrg..tp tkpe laa..excercise skali skali..

Tgah duk lalu dpn lab MPV (makeup n grooming)...Kak we (pemb. makmal) panggil aku..aku masuk la join borak..cikgu ct pun da sama..borak2 kosong pasal pengalaman diorg mngndung la pe lagi kl cite tgah hot pasal aku skrg ni..hehehehe..

Tapi aku rasa dlm borak2 0 tu, yg ni kre mmg berguna la tuk kite kongsi bersama..kak ct bagi aku ayat tuk kite amal..supaya mudah bersalin nanti..so, aku pun take note laa..lebih kurang mcam ni...

"La ila hailla anta subha nakaa inni kun tum minazza limin!!"
-baca sokmo dan gosok kat perut tu..insyallah mudah2an smua nye mudah...(p/s : keyboard aku tkde tulisan jawi..kuikuikui)...

tu je la dlu...try ur best...
1st checkup dgn Doc
Petang smalam aku kna p checkup yg kali ke brapa ntah...mcm biasa laa..g klinik kesihatan ibu, tanah merah...check air kencing, masuk jupe nurse...timbang berat badan..but..terkejut aku...huhuhuhuh...berat aku naik 2.6kg???waaalaaaweeeiii..nurse pun ckap berat awk dh terlebih ni...almaklum laa...takde alahan lgi laaa..makan...makan...makan...bb ni lapar memanjang..dulu aku tak makan nasi 2 3 hari pun..laayyaannn jeee...bt sekarang..L.A.P.A.R..K.U.A.T!!!!diet3...

Nurse bagi nasihat tuk next checkup berat aku tk bleh lbih..waaaa..kna diet niss...tkpe2..kontrol makan skit...gpun nk bb chatkan...nurse ckp lepas ni aku kna masuk jupe Doc tuk ptama kali..hehehehe..takut3...

Lepas jupe nurse, aku msuk bilik Doc plak...muda doc tu..dia pun intro la skit pasal HB aku...knape kte nk HB paras 11 - 14...(tuk ibu n anak laa)hehehhe..cte pasal berat spatutnya..tnye alahan ke tak..interview la skit2...then,part yg ditunggu2..Doc akn scan perut aku nk tgok bb...wa..suka3...

Doc pun selak la peyut aku..tgok n scan..nmpak laa bb kt dlm peyut, Doc tgok tulang blakang dia, smua laa..amik measurement...then...tunjuk kt aku..nmpak kaki bb tngah aktif..hehehe..(aii..takkan ikut ayah dia kot, kuat main bola)..sib baik kcik lgi..aku tk trase..hehehe..tak sabar rsenyaa...excited jgak...lepas tu settle..cuma doc pesan next checkup aku kna minum air glucose...eee....cmne la tk tau...

Balik dari checkup, trus cte kt my hubby, dia pun excited dgr..hehehe..best la plak...sabar2...5 months 2 go...
For my Babey...
Pejam celik pejam celik..kejap je aku dah masuk 4 bulan preggy...wahhh...best2..alhamdullilah, setakat ni tkde alahan langsung, cuma penat n semput je..aku harap semuanya ok, tkde masalah babey aku nanti...Amminn..

Yela, aku ada jugak terbaca artikel kat dalam tenet, dorg cakap kl ibu mengndung tak mengalami alahan langsung itu menandakan babey dalam peyut mungkin mengalami masalah atau tidak sehat...tapi BETUL KE?? tu yg buat kadang2 aku tertanya2 (tak bagus tuk ibu mengandung)...tapi aku terus tanya2 org2 yg berpengalaman, mcm kakak ipar aku (kak ma), cikgu it aku (mr saipu) & ramai lagi mummy kt luar sana..ok laa..diorg punye pendapat..yela, anak dah 2 3 org..tp sekurang2nya nk sedapkan hati jgak...kl duk risau sorang je tak bagus untuk kesihatan jugak..

Dalam tuk usha2 tenet ni, hobi aku sekarang ialah..jeng...jeng..jeng..pe lagi...SHOPPING LAAA!!!tapi sekarang dah tukar..shopping barang babey..hehehehe...waahhh..juling mata ni nengok...tak sabar nk beli baju babey..cute miut sehhhhhh...sabar...sabar...sabar...
Khas buatmu...

Send a Dozen Roses at BlingPixie.com
Hepi Besday 2 My Dear Hubby
MySpace Codes
Friendster Graphics at BlingPixie.com
Funny Videos
Amalan Bacaan Al-Quran
Amalan Ketika Mengandung


Mengandung adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat.

Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal.

Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.

Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:


1.Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.

2.Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.

3.Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.

4.Surah Maryam.

5.Surah al-Ikhlas.
Rawatan Susulan Ibu Mengandung
.: Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung :.

Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

1. Air kencing
2. Tekanan darah
3. Berat badan
4. Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
5. Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

1. Air kencing
2. Tekanan darah
3. Berat badan

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

.: Senaman Bagus Untuk Mental :.

Setiap orang tahu senaman boleh melaraskan peredaran darah, membakar lemak dan kalori, serta mengurangkan risiko masalah serangan jantung dan obesiti serta beberapa penyakit lain. Kini beberapa bukti telah menunjukkan bahawa senaman selama 10 minit setiap hari boelh mneingkatkan tahap kesihatan mental, seterusnya membolehkan kita berfikir dengan mudah, rasa gembira dan mengurangkan stress. Kaedah senaman yang dilakukan secara konsisten beserta pengambilan STAMINEX, ENERGEE serta EXAMO-CKM 500 akan dapat membantu anda stress atau tekanan perasaan dengan berkesan.

Meningkatkan Tenaga Otak

Senaman yang konsisten boleh meningkatkan tindakbalas masa (reaction time), konsentrasi, kreativiti dan keupayaan mental. Ini kerana berlakunya peningkatan dalam tubuh untuk mengepam darah menghantar oksigen ke saluran darah dan dihantar dengan cepat ke otak. Pengkaji percaya perubahan tersebut merangsang reaksi fizikal dan mental dengan cepat.

Melambatkan Proses Penuaan

Dengan hanya melakukan aktiviti yang 'simple' seperti berjalan-jalan setiap hari sebagai amalan boleh menghalang tahap penurunan mental dikalangan wanita yang berumur 65 tahun ke atas. Lagi lama dan kerap mereka berjalan, semakin perlahan proses tersebut berlaku. Sesi ini tidak perlu dilakukan secaraintensif kerana ia sudah memadai untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Mengurangkan Stress

William P Morgan dari University of Wisconsin mendapati senaman boleh mengurangkan stress dan mengawal perasaan marah. Alasannya mudah sekali, jika terlalu memikirkan masalah akan memberi kesan gangguan pada jantung. Dengan senaman kita akan melupakan masalah-masalah tersebut di samping meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular, menjadikan kita lebih rasional menangani maslaah sekaligus mengurangkan stress. Sebagai contoh melakukan aktiviti seperti berjalan, berbasikal dan berenang boleh mengurangkan tekanan dan aktiviti ini memberi kesan yang serupa seperti kita beryoga.

Secara saintifiknya aktiviti yang dilakukan ini sebenarnya boleh meningkat kimia seperti adrenalin, serotonin, dopamin dan endorphin di dalam otak. Anda akan rasa seronok, tenang dan berkeyakinan. Dipresi juga dapat dikurangkan dengan melakukan aktiviti senaman selama 30 minit 3 kali seminggu.

Selain daripada rasa sihat, kuat dan bertenaga, senaman juga boleh meningkatkan keyakinan (self esteem).

.: Pemakanan :.

Setiap ibu hamil perlu tahu perkaran paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga dan mengambil pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya. Oleh itu Mengandung.com amat mengalakkan serta mensarankan agar ibu-ibu hamil mengambil produk lengkap Salindah dari awal kehamilan sehinggalah habis pantang.

Anda juga boleh memperolehi resepi-resepi masakan yang terbaik lagi menyihatkan di sini.
Pemakanan ibu mengandung
Ni ada beberapa tips tuk pemakanan ibu mengandung a.k.a yg mcm aku ni!!!!

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung
November 28th, 2007 | by admin |

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

* Berat bayi : 2.5 – 3 kg

* Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg

* Penambahan darah : 1.5 – 2 kg

* Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg

* Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg

* Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg

* Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg

* Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

* Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.

* Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)

* Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

* Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
* Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Piramid makanan

Piramid Makanan

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

* HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi

* Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Preparation for My Hubby's Besday - 230310
For this year, merupakan tahun pertama aku celebrate 'Hari Lahir' hubby aku bersama, i means, as husband n wife...klau ikutkan kapel..mmg dh bertahun2 celebrate bersama..so, kali ni aku nk buat Suprise n Special skit..hehehe..jeng..jeng..jeng..

Step pertama, aku ngn CT (kawan budak technician SKSS3)komplot g KB, aku bg alasan konon2 teman CT, padahal CT teman aku g cari hadiah tuk hubby..ermmm..aku plan nk bagi 'Briefcase' sbb tgok dia punya dh buruk..hehehe..n aritu aku da pancing2 tnye, mcm dia nk je beg tu..At least, boleh la dia bwak pergi keje..tu kire aku bg support kt dia suh keje kuat, cari rezeki..bile da ank nanti lgi laaa...sblum ni dah adiahkan 'Pen Alain Delon', 'Name Card Holder'...tu smua tu bagi semangat..hehehe..chayuk3..Akhirnya, aku berjaya dapatkan beg tu..PUAS HATI!!!simpan kt skool dlu..dh siap2 masukkan dlm kotak..aku pun bleh muat lam kotak tu..hehehe.

Step ke-dua, mcm biasa kad mesti ada..WAJIB!!..dh siap tulis..skrg ni tiba2 aku terlintas nk bagi adiah lagi 1 benda ni..memandangkan my hubby baru buka kedai dobi..aku plan nk adiahkan 'indoor bunting'...so, bleh dia letak kt kedai...wahhhh..cantik2...aku cepat2 kontek kawan ict aku (nasib ramai kontek)..so, dah tempah..tunggu dia design n print..aku nk sblum 23hb..mitak2 la sempat siap...Kena Tuungggguuuu la duluuuuuuuu....
Chapter 4 - Scan perut kat Dr. Pakar Noriah
Nak dijadikan crita..aku sebenarnya, tngah risau jgak pasal baby dalam peyut aku ni..tak tau cmne status dia..tak tau besar mna, mmg tk tau pe2 laa..coz aritu aku scan kecik lgi..bru 5 minggu..now, dah nk msuk 3 bulan...tp perut still mcm biasa lgi..mantain..suar jeans aku tibai pkai lgi...kebaya pun muat lgi..

Tngah syok2 petang tu ngah wt keje kt kedai dobi hubby aku, tetiba kawan aku 'Mat Yie' kol...dia mmg baik ngn aku tmbah2 wife dia pun preggy sama..mayb dia nk tnye khabar aku kot...borak punye borak..rupanya mamat ni tngah sedih giler..coz wife dia bleeding, dia cite la kt aku, yg wife dh 4 bulan, so smlm p la scan, doc ckp baby dlm perut wife dia dh tak berkembang n tak mengalami pembesaran sepatutnya...so,doc nasihatkan dia kna D&C...aduss..sakit tu kl dh mcm tu..yela bb dah ckup sifatkan..ksian plak..sedih dia..dh la msa mula2 preggy wife dia alahan teruk gile..tp nk buat mcm mana dah takdir Ilahi, anak dia tak panjang umur..pe2 pun mat yie..byk2 la bersabar..

So, aku plak..bile dh dengar cmtu mula laa..tk sedap duduk..kol hubby, crita kt dia..n nk p scan jgk tgok perkembangan bb aku..so, malam tu aku pergi la ngn my hubby, scan kt perut...waaaaaaahhhhhhhhhhhhh..cutenye..hehehehe..dh besar pun, da kepala, kaki, tulang blakang smua dh nmpak..tgok bb tergedik2 aktif dlm perut aku..hubby aku lgi la kelakar leh tnye doc, hidup ke tu??bergerak?? doc gelak je..of course laaa..human inside her body..hahahaha..tu laa..mula2 aku ajak tak nak..bile dh g excited tak igt...

Pastu doc print gmbar..terjawab la akhirnya..bb aku sihat.alhamdullilah..tkde masalah..cuma jantina belom bleh tau lgi...tkpe laa..asal smua ok..tu je...
skarang aku dah..15 minggu..hehehe..sedar tak sedar...so, 6 months lgi...kuatkan semangat..chayuk3..ni la gmbar scan my baby...